• Home
  • Travel

FATIHAH RADZI

Assalamualaikum .
Tadi aku balik sekolah . Bukan je hujan , malah ribut petir semua ada . Jadi perkara pertama yang aku fikir adalah adik aku . Yang aku bengang tu satu sekolah aku tawaf tapi dia tak ada pun , eh sabar je lah . Dalam hati aku ' Dah balik kot . ' 

Aku selalu letak beg aku dekat lobi belakang sebab aku selalu balik ikut pintu belakang . Masa aku nak ambil beg tu aku perasan beg aku tak ada . Beg aku hilang 😲

Kebetulan ada kawan aku dekat situ so aku dengan tekejutnya ' Ha ?! Mana beg aku ?! ' Lepastu kawan aku iaitu Mas yang kebetulannya kat situ menjawabkan persoalan aku , ' Adik kau bawakkan kot '

Walaupun pada aku ianya mustahil , aku balik je la rumah . Aku balik jalan kaki btw , sebab rumah aku sekangkang kucing je . Aku sampai rumah tengok kasut adik aku tak ada pun , so aku lagi cemas ! Aku call ayah aku , aku tanya ayah aku sama ada dia ambil adik aku ke , lepastu ayah aku cakap tak . Lepastu ayah aku suruh ambilkan 😐

Lepastu aku hidupkan motor , prenggggg !! Laju aku pegi sekolah semula . Sampai je kat sekolah , adik aku tergedik - gedik datang dekat aku . Lepastu aku ajak adik aku pegi lobi cari beg aku . Lepastu beg aku ada je dekat situ dengan kawan aku , Fatihah Hisamodin dok ketawa hikhikhik dekat situ .

Dia suruh aku tunggu Nazatul dengan Intan . Aku tanya , ' Siapa sorok beg aku ni ? Penat aku cari '  . Lepastu dia cakap ' Akulah , hikhikhik '. Yang peliknya aku pasti aku nampak dia dekat depan sekolah , macam mana dia sempat sorok beg aku ?

Lepastu aku jumpa Atiqah dengan Azlin , diorang memang suka sangat tarik tudung aku . Dah lah ramai yang menengok , haduhai . Diorang wish birthday aku yang dah 2 hari lepas . Lepastu aku cakap ' birthday aku dah lama lah habis' . Lepastu diorang membebel ape tah aku susah sikit nak hadam sebab aku nak balik rumah .

Lepastu aku nampak Nazatul , terlari-lari lepastu aku jerit lah nama dia , sekali Intan pun ada sekali . Sekali diorang nyanyi lagu Happy Birthday siap simbah dengan air lagi . Aku pun tertepis botol Nazatul yang dah memang bocor tu , mesti lagi bocor kan . Maaf eh weh , aku tak sempat nak cakap sorry tadi .

Adik aku pun nak join jugak simbah tapi aku rasa dia tak berani sebab aku kan split personality , kang aku jadi singa kang ? 😄 Azlin pun mintak botol adik aku dia nak simbah aku lepastu adik aku marah dia 😆 😆 sorry eh Alin aku pun tekejut sebab adik aku lagi teruk , dia ada quadriteral personality .

Lepastu satu ayat dari Atiqah (Pelot) yang aku tak akan lupa ' Izzat , kitorang sayang kakak kau , janganlah macam tu '  😭😭 Nasib aku tak nangis .

[caption id="attachment_173" align="aligncenter" width="450"]Hadiah dari diorang ni , MasyaAllah cantik sangat , aku terharu ❤❤ Hadiah dari diorang ni , MasyaAllah cantik sangat , aku terharu ❤❤[/caption]

[caption id="attachment_174" align="aligncenter" width="450"] Tak cukup dengan board tu dia bagi lagi hadiah masyaAllah , thanks Allah untuk kawan kawan yang sweet gila ni ❤❤❤[/caption]

[caption id="attachment_176" align="aligncenter" width="450"] InsyaAllah aku akan baca Quran ni , thank you kawan kawan , antara hadiah yang paling bermakna ❤❤ Oligo tu nanti aku bagi kucing aku k sebab dia suka minum minum gitu 😉😉😉[/caption]

Thank you semua . Maafkan salah silap ye masa tadi tu .
03:22 No comments
Assalamualaikum .
Harini aku pegi sekolah seperti biasa walaupun birthday girl kan kihkihkih
Aku expect semua orang tak tau birthday aku sebabnya semalam aku tanya ibu aku ,

'Esok hari apa eh ?' 
Saja je nak test ibu aku kan , kot kot dia tak prepare apa apa hahahaha tak de lah aku tak expect apa apa lah kan sebab tahun sebelum ni memang birthday aku pun biasa je paling kurang pun makan kek . Dah tu kau nak apa ? Birthday party ? 😏

Lepastu ibu aku reply ,

'Isnin ? Ibu keje esok ' 
Siapa tak sentap kan . Dan aku pun ingat mak aku betul betul lupa 😢 Lepastu aku bagi hint sikit ,

'Esok berapa haribulan eh ?' 

Lepastu ibu aku punya lakonan hebat sangat dengan selamba ibu aku senyum je lepastu aku pun yes ! Malam (ahad) mesti dapat kek ni . Memandangkan malam tu ibu aku keluar pegi pasaraya . Sekali ibu aku balik dia tak de pulak sesebut pasal kek .

Lepastu esoknya aku pegi sekolah . Masa QS (Quran sunnah) iaitu guru tingkatan aku , Ustazah Nabilah , kitorang belajar macam biasa . Lepastu dalam 30 minit terakhir dia suruh kitorang pegi kantin . Kawan aku , Nazatul tiba tiba cakap ,

' Ish ! Aku rasa macam ada benda lah !' 


Lepastu aku dengan Intan , yang memang fikir dia nampak hantu terus cakap

' Kau nampak hantu ke ? ' 
Sebab masa tu dia macam pandang ustazah je lagipun kitorang bab bab hantu ke saka ni memang laju je . Nazatul cuma balas

'Tak ... ' 
Aku pun malas nak layan dia , aku pun keluar lah kan nak pegi kantin lagipun aku geram dengan minah tu sebab tak nak cakap dia nampak apa 😤
Sampai-sampai aku nampak makanan atas meja , jantung aku jangan kira berapa punya laju lah . Aku duduk je lah macam biasa sebab tak nak perasan kan , kang tiba tiba majlis orang lain tak ke malu ? Hahahahahaha

Yang diorang ni dah happy birthday teah semua walaupun pagi tadi dah wish . Aku pun 'eh aku tak tau apa apa ni , sumpah ! 😅' 

Lepastu semua dah duduk kan ustazah keluarkan kad lepastu ustazah macam lambat lambat je aku pun nak hilangkan nervous , aku ikat tali kasut 😆

[caption id="" align="aligncenter" width="1600"] 😂😅[/caption]

Lepastu ustazah sebut nama aku . Aku pun pegi depan masyaAllah , Allah je tau macam mana aku punya degupan jantung saat tu sebab aku memang tak suka berdiri depan orang sebab aku kan tak confident lagipun aku kan selekeh pakai tudung sekolah dengan si Aiman Nabil tu asyik begambo je 😓

Lepastu ustzah bagi kad aku pun relax je lah aku kan tough outside hahahaha aku malu lah nangis depan orang . Tak lah tipu je kawan kawan aku tau aku ada kelebihan boleh keluarkan air mata macam drama queen gitu lah tapi tadi aku rasa antara air mata aku yang paling ikhlas sekali 😭😭 terharu sangat .

'Moga jadi anak yang soleh dunia akhirat ' 

Padahalnya ustazah cakap gitu je tapi sedih dia kedalam dada menusuk sangat . Lagipun aku tekenang ibu aku nun jauh di sana 😢

[caption id="" align="aligncenter" width="1600"] menusuk kan ? aku ada gambar yang nampak muka aku nangis , tapi gelap hahahaha sebab aku yang gelap sebenarnya 😑[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="557"] kad daripada ustazah ❤️[/caption]

Lepas dapat kad tu aku nak terus duduk tapi ustazah suruh aku bukak kat situ jugek , leleh lah aku disitu . Malu kot sebab aku acah acah taiko sikit lagi lagi dengan budak laki kelas aku .

Lepastu kena potong kek pulak kan aku pun tak nak akward sangat maka aku panggillah geng geng ogos aku hahahaha

[caption id="" align="aligncenter" width="1600"] aku dah suruh dah diorang yang potong tapi diorang yang degil 👊🏽[/caption]

Lepastu aku ada salah faham sikit dengan Solehah , dia boleh pulak tanya

'Teah kau marah aku ke ?' 

Aku pun dengan suara yang sebak

'Aku dah tak nak nangis lagi Soleh' 

Tapi memang sekali lagi , menusuk sangat sebabnya memang kena lah suasana hiba macam tu dengan soalan dia . Kena sangat 😑 .

Lepastu Aiman Nabil baca doa dan kitorang pun makan .

[caption id="" align="alignnone" width="1599"] budak laki kelas aku ada 3 sebenarnya tapi sorang lagi tah mana dia pegi[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="477"] dengan harapan agar aku tak lupa Raouff tu macam mana bila besar nanti aku masukkan je lah walaupun diorang punya ekspresi muka kalah dewi remaja bila begambar 😑[/caption]

Aku ingat aku punya kejutan sampai situ je sekali tu balik , budak ni pegi simbah air dengan bedak kat aku 😑 cis !

[caption id="" align="aligncenter" width="1375"] kejutan lagi 😭😭 ibu dan ayah bagi kad dan hadiah yang aku dah lama sebut sebut tapi aku tak tau yang ibu ayah aku belikan betul betul sebab mahal kot 😭😭[/caption]

Terima kasih semua sebab aku rasa ni hari lahir aku yang paling indah☺️😊

❤️
01:18 No comments
Assalamualaikum . 

Jadi tadi sekolah aku terlibat dengan Kembara Mahkota Johor jadi kitorang kena beratur reramai dekat luar . Lama jugak lah dalam setengah jam menunggu . Dapat lah melambai lambai pakcik makcik naik motor naik kereta yang lalu depan sekolah kitorang tadi . Hahahaha dapat mengeratkan silaturahim ken 😂 

Lepastu aku punya leka kan tak sedar pun sekali sultan depan mata hahaha aku pun kelip kelip mata sebab tak percaya , first time kan dapat tengok live 😱 memang bising gila lah aku pun dah habis suara kat pakcik makcik tadi tu , aku cuma mampu lambai je tambah lagi dengan starstuck aku . Hahaha 
Lepastu aku leka tengok sultan je sampai yang belakang aku dah tak sempat nak tengok sebab diorang laju jugak lah . Jealous jugak kan sebab ada sekolah yang diorang berenti , aku tengok dekat instagram lah . Lepastu aku tercari cari jugak Tunku Aminah kan sebab aku kan fangirling dekat dia hahaha dia punya fashion sense tu maksud aku . 

Yang budak sebelah aku ni dah tersebok sebok cari Tunku Jalil aku pun dulu syok dekat dia sampai Nazatul cakap 'tak habis habis dengan TJ' dan sekarang dia pulak terlebih siap silang tangan lagi sebab tak dapat tengok Tunku Jalil 😏 

Lepastu aku kan tak nampak kan so aku macam mana TJ mana TJ ? Nak tengok jugak kan macam mana rupa TJ pujaan ramai in real live . Hanis tetiba cakap 'Ada tu dia naik motor tapi orang lain bawak , dia tutup mulut ' . Nazatul be like 'oh yang tu ke alah tak nampak alah nak tengok TJ alah alah alah ' 

Lepastu aku pun macam tercakap lah kan 'kenapa dia tak bawak motor sendiri ?' Lepastu dia dua orang siap marah weh 'dia kan sakit !! Ape lah kau ni !' . 

Pasal TJ je kot 😑 . Aku pun malas nak memutuskan silaturahim sebab TJ , diam je lah . Sebab tengah deal dengan aku punya temper 😔 I swear , I got very bad temper ever these days . Hahahahaha . Baik aku tengok Harley Davidson diorang bawak smart sangat masyaAllah dan aku disini malas nak pegi kelas praktikal untuk lulus P lesen B 😌 . 

Mungkin ini yang first dan yang last kot . Tak de lah first sangat sebab masa aku nak pegi Melaka aku pernah jugak terserempak dengan TMJ dekat atas jalan raya lah kan bukan face-to-face . Tapi tak nampak pun sebab cermin kereta gelap . 

Bye 💙
09:06 No comments
Assalamualaikum .   

Walaupun esok sekolah dan dengan baju yang tak bergosok , aku still nak post sekarang jugak sebab trauma aku masih bersisa . Tadi , kawan sekelas aku , Hajar , dia buat makan makan dekat rumah dia . Aku kalau nak ke rumah dia kena lalu bandar kan , jadi aku ajak lah kawan aku lagi sorang , Mas . 

Punya lah lama aku tunggu Mas datang kan aku lepak lepak dulu semua . Lepastu kitorang pun pegi lah berasingan naik motor . Sampai nak keluar simpang nak ke bandar tu , kitorang pun keluar la kan sebab jalan masa tu lengang weh . Lepas nak keluar tu sekali ada kereta weh serious tekejut aku . Bedesup je dia pegi , dah nak belanggar dah , lepastu dia berenti tepi . Aku dah takut dah . Orang tu lelaki cina . Siap keluar lagi dari kereta 😩 . 

Lepastu dia cakap dekat kawan aku , Mas , "woii !! " aku pun macam 'aduh macam mana ni ?' Lepastu aku pun bawak la motor macam biasa . Lepastu aku perati kereta tu ikut rapat je dengan aku , aku dah gelabah dah weh apahal lah dia ni . Aku perasan dia bukak tingkap lepastu dia cakap "bawak motor betul-betul lah " . Aku pun biasa je lah tup tup dah sampai rumah Hajar . 

Tak lah , hakikatnya banyak kali jugak motor aku mati sebab aku pakai motor clutch kan . Eh sabar je aku dengan motor ni . Dah lah motor ni siap berenti tengah jalan lagi weh tadi , sekali . Ramai orang pulak tu 😫 

Benda ni jadi bahan ketawa aku tadi dengan Mas tadi dekat rumah Hajar . Dalam ketawa tu memang sedih weh . Kena maki macam tu . Aku ingat lagi masa aku kecik dulu aku naik dengan makcik aku , pun kena maki jugak . 

Ya Allah harap harap ini yang terakhir 😢 . Lepastu balik lepak je tak de kena marah ke , hon ke , alhamdulillah . Aku tak faham lah kenapa golongan yang bawak motor ni selalu kena tindas ! 
03:25 No comments
Newer Posts
Older Posts

About me


Nur Fatihah , 19 , Malaysian

Blog Archive

  • March (1)
  • January (1)
  • October (1)
  • September (1)
  • August (1)
  • May (2)
  • April (1)
  • January (1)
  • December (4)
  • November (3)
  • October (2)
  • September (3)
  • August (4)
  • July (3)
  • May (2)
  • April (1)
  • March (2)
  • February (1)
  • January (1)
  • November (1)
  • October (3)
Powered by Blogger.

Popular

  • IM BACK FOR THOUSAND TIMES !
    Salam So . umm .. This is weird . I guess. woah, it does feel like the old day . So umm I used to use blogspot yearsssss ago...
  • I love my mom so much !
    Assalamualaikum. So, guys, I woke up today and it just been like 3 days out of 365 days of 2017 and I felt really stressed because I got a l...
  • Flirting is disgusting
    I've just came back from One Segamat (aka OS which is the only shopping mall in Segamat, Johor which is where Im from) 😁 And I bumped i...
  • Im not a b*tch
    So, yesterday I went to H&M because my little brother wanted to try the men's cardigan on. The thing is, it was too funny for me bec...
  • I'm 18 tomorrow !
    Assalamualaikum. I was gonna stop blogging actually since I don't really feel it anymore but since a lot of my friends were asking me ab...

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates