Im 17 ! 😇 - Part 2
Assalamualaikum .
Tadi aku balik sekolah . Bukan je hujan , malah ribut petir semua ada . Jadi perkara pertama yang aku fikir adalah adik aku . Yang aku bengang tu satu sekolah aku tawaf tapi dia tak ada pun , eh sabar je lah . Dalam hati aku ' Dah balik kot . '
Aku selalu letak beg aku dekat lobi belakang sebab aku selalu balik ikut pintu belakang . Masa aku nak ambil beg tu aku perasan beg aku tak ada . Beg aku hilang 😲
Kebetulan ada kawan aku dekat situ so aku dengan tekejutnya ' Ha ?! Mana beg aku ?! ' Lepastu kawan aku iaitu Mas yang kebetulannya kat situ menjawabkan persoalan aku , ' Adik kau bawakkan kot '
Walaupun pada aku ianya mustahil , aku balik je la rumah . Aku balik jalan kaki btw , sebab rumah aku sekangkang kucing je . Aku sampai rumah tengok kasut adik aku tak ada pun , so aku lagi cemas ! Aku call ayah aku , aku tanya ayah aku sama ada dia ambil adik aku ke , lepastu ayah aku cakap tak . Lepastu ayah aku suruh ambilkan 😐
Lepastu aku hidupkan motor , prenggggg !! Laju aku pegi sekolah semula . Sampai je kat sekolah , adik aku tergedik - gedik datang dekat aku . Lepastu aku ajak adik aku pegi lobi cari beg aku . Lepastu beg aku ada je dekat situ dengan kawan aku , Fatihah Hisamodin dok ketawa hikhikhik dekat situ .
Dia suruh aku tunggu Nazatul dengan Intan . Aku tanya , ' Siapa sorok beg aku ni ? Penat aku cari ' . Lepastu dia cakap ' Akulah , hikhikhik '. Yang peliknya aku pasti aku nampak dia dekat depan sekolah , macam mana dia sempat sorok beg aku ?
Lepastu aku jumpa Atiqah dengan Azlin , diorang memang suka sangat tarik tudung aku . Dah lah ramai yang menengok , haduhai . Diorang wish birthday aku yang dah 2 hari lepas . Lepastu aku cakap ' birthday aku dah lama lah habis' . Lepastu diorang membebel ape tah aku susah sikit nak hadam sebab aku nak balik rumah .
Lepastu aku nampak Nazatul , terlari-lari lepastu aku jerit lah nama dia , sekali Intan pun ada sekali . Sekali diorang nyanyi lagu Happy Birthday siap simbah dengan air lagi . Aku pun tertepis botol Nazatul yang dah memang bocor tu , mesti lagi bocor kan . Maaf eh weh , aku tak sempat nak cakap sorry tadi .
Adik aku pun nak join jugak simbah tapi aku rasa dia tak berani sebab aku kan split personality , kang aku jadi singa kang ? 😄 Azlin pun mintak botol adik aku dia nak simbah aku lepastu adik aku marah dia 😆 😆 sorry eh Alin aku pun tekejut sebab adik aku lagi teruk , dia ada quadriteral personality .
Lepastu satu ayat dari Atiqah (Pelot) yang aku tak akan lupa ' Izzat , kitorang sayang kakak kau , janganlah macam tu ' 😭😭 Nasib aku tak nangis .
[caption id="attachment_173" align="aligncenter" width="450"]
Hadiah dari diorang ni , MasyaAllah cantik sangat , aku terharu ❤❤[/caption]
[caption id="attachment_174" align="aligncenter" width="450"]
Tak cukup dengan board tu dia bagi lagi hadiah masyaAllah , thanks Allah untuk kawan kawan yang sweet gila ni ❤❤❤[/caption]
[caption id="attachment_176" align="aligncenter" width="450"]
InsyaAllah aku akan baca Quran ni , thank you kawan kawan , antara hadiah yang paling bermakna ❤❤ Oligo tu nanti aku bagi kucing aku k sebab dia suka minum minum gitu 😉😉😉[/caption]
Thank you semua . Maafkan salah silap ye masa tadi tu .
0 comments