Im 17 😇 !
Assalamualaikum .
Harini aku pegi sekolah seperti biasa walaupun birthday girl kan kihkihkih
Aku expect semua orang tak tau birthday aku sebabnya semalam aku tanya ibu aku ,
'Esok hari apa eh ?'
Saja je nak test ibu aku kan , kot kot dia tak prepare apa apa hahahaha tak de lah aku tak expect apa apa lah kan sebab tahun sebelum ni memang birthday aku pun biasa je paling kurang pun makan kek . Dah tu kau nak apa ? Birthday party ? 😏
Lepastu ibu aku reply ,
'Isnin ? Ibu keje esok '
Siapa tak sentap kan . Dan aku pun ingat mak aku betul betul lupa 😢 Lepastu aku bagi hint sikit ,
'Esok berapa haribulan eh ?'
Lepastu ibu aku punya lakonan hebat sangat dengan selamba ibu aku senyum je lepastu aku pun yes ! Malam (ahad) mesti dapat kek ni . Memandangkan malam tu ibu aku keluar pegi pasaraya . Sekali ibu aku balik dia tak de pulak sesebut pasal kek .
Lepastu esoknya aku pegi sekolah . Masa QS (Quran sunnah) iaitu guru tingkatan aku , Ustazah Nabilah , kitorang belajar macam biasa . Lepastu dalam 30 minit terakhir dia suruh kitorang pegi kantin . Kawan aku , Nazatul tiba tiba cakap ,
' Ish ! Aku rasa macam ada benda lah !'
Lepastu aku dengan Intan , yang memang fikir dia nampak hantu terus cakap
' Kau nampak hantu ke ? '
Sebab masa tu dia macam pandang ustazah je lagipun kitorang bab bab hantu ke saka ni memang laju je . Nazatul cuma balas
'Tak ... '
Aku pun malas nak layan dia , aku pun keluar lah kan nak pegi kantin lagipun aku geram dengan minah tu sebab tak nak cakap dia nampak apa 😤
Sampai-sampai aku nampak makanan atas meja , jantung aku jangan kira berapa punya laju lah . Aku duduk je lah macam biasa sebab tak nak perasan kan , kang tiba tiba majlis orang lain tak ke malu ? Hahahahahaha
Yang diorang ni dah happy birthday teah semua walaupun pagi tadi dah wish . Aku pun 'eh aku tak tau apa apa ni , sumpah ! 😅'
Lepastu semua dah duduk kan ustazah keluarkan kad lepastu ustazah macam lambat lambat je aku pun nak hilangkan nervous , aku ikat tali kasut 😆
[caption id="" align="aligncenter" width="1600"]
😂😅[/caption]
Lepastu ustazah sebut nama aku . Aku pun pegi depan masyaAllah , Allah je tau macam mana aku punya degupan jantung saat tu sebab aku memang tak suka berdiri depan orang sebab aku kan tak confident lagipun aku kan selekeh pakai tudung sekolah dengan si Aiman Nabil tu asyik begambo je 😓
Lepastu ustzah bagi kad aku pun relax je lah aku kan tough outside hahahaha aku malu lah nangis depan orang . Tak lah tipu je kawan kawan aku tau aku ada kelebihan boleh keluarkan air mata macam drama queen gitu lah tapi tadi aku rasa antara air mata aku yang paling ikhlas sekali 😭😭 terharu sangat .
'Moga jadi anak yang soleh dunia akhirat '
Padahalnya ustazah cakap gitu je tapi sedih dia kedalam dada menusuk sangat . Lagipun aku tekenang ibu aku nun jauh di sana 😢
[caption id="" align="aligncenter" width="1600"]
menusuk kan ? aku ada gambar yang nampak muka aku nangis , tapi gelap hahahaha sebab aku yang gelap sebenarnya 😑[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="557"]
kad daripada ustazah ❤️[/caption]
Lepas dapat kad tu aku nak terus duduk tapi ustazah suruh aku bukak kat situ jugek , leleh lah aku disitu . Malu kot sebab aku acah acah taiko sikit lagi lagi dengan budak laki kelas aku .
Lepastu kena potong kek pulak kan aku pun tak nak akward sangat maka aku panggillah geng geng ogos aku hahahaha
[caption id="" align="aligncenter" width="1600"]
aku dah suruh dah diorang yang potong tapi diorang yang degil 👊🏽[/caption]
Lepastu aku ada salah faham sikit dengan Solehah , dia boleh pulak tanya
'Teah kau marah aku ke ?'
Aku pun dengan suara yang sebak
'Aku dah tak nak nangis lagi Soleh'
Tapi memang sekali lagi , menusuk sangat sebabnya memang kena lah suasana hiba macam tu dengan soalan dia . Kena sangat 😑 .
Lepastu Aiman Nabil baca doa dan kitorang pun makan .
[caption id="" align="alignnone" width="1599"]
budak laki kelas aku ada 3 sebenarnya tapi sorang lagi tah mana dia pegi[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="477"]
dengan harapan agar aku tak lupa Raouff tu macam mana bila besar nanti aku masukkan je lah walaupun diorang punya ekspresi muka kalah dewi remaja bila begambar 😑[/caption]
Aku ingat aku punya kejutan sampai situ je sekali tu balik , budak ni pegi simbah air dengan bedak kat aku 😑 cis !
[caption id="" align="aligncenter" width="1375"]
kejutan lagi 😭😭 ibu dan ayah bagi kad dan hadiah yang aku dah lama sebut sebut tapi aku tak tau yang ibu ayah aku belikan betul betul sebab mahal kot 😭😭[/caption]
Terima kasih semua sebab aku rasa ni hari lahir aku yang paling indah☺️😊
❤️
0 comments