Selamat Hari Raya 2015 🎉

by - 09:55

Assalamualaikum 😊

1 Syawal

Raya aku bermula pukul 6 pagi macam tu , aku bangun pagi lepastu perut aku sakit sangat dia macam tak boleh tidur semua . Jadi aku bangun dan pegi ambil tiger balm . Lepastu aku sapu banyak banyak sebanyak mungkin . Tapi aku tak rasa apa . Lepastu aku cuba tidur dan cubaan aku itu gagal . 

Lepastu aku baring menahan kesakitan sambil dengar suara riang riuh dekat ruang tamu tapi aku tak rasa boleh bangun . Lepastu aku paksa rela mandi jugak pagi tu sebab dalam otak aku , aku fikir 'aku kena raya jugak' dan berbekalkan semangat yang ada , aku mandi jugak . 

Lepastu aku dah pakai baju raya semua aku pun baring sekejap dan ibu aku pun datang tanya kenapa . Lepastu aku ceritakan dari a-z dan yang sayunya ibu aku siap sikatkan dan ikatkan rambut aku lagi 😣 tiba tiba lagu 'restu ayah bonda ku harap selaluuuu ' berkumandang . 

Nak cerita lagi memang panjang lah sampai aku rasa macam sedih sangat dengan 1 syawal aku tahun ni . Cuma yang pasti dalam 4 kali jugak aku muntah termasuk yang aku muntah dekat dapur 10 saat selepas aku minum air . 

Tapi alhamdulillah , aku dah beransur sikit lah lepas makan ubat painkiller dan radang . Tapi menyesal jugaklah sebab tak dapat makan ayam masak merah mak aku masak sebab nak terus balik kampung 😢

Sampai sampai kampung terus bantai durian aku pun tak ingatlah berapa ulas yang pasti memang rasa sakit perut tapi dia tak lah selalu . Dia datang bila aku naik tangga turun tangga macamtu .

Petang tu aku dah mula aktif tengok orang menganyam ketupat , tolong isi beras dalam ketupat , buang kulit kacang , kacau itu ini dan highlight aktiviti syawal 2015 adalah mencucuk sate . Kenape ? Sebab gigih weh mencucuk sate sampai ke 3 pagi . Dengan sakit pinggang , kaki kebasnya , dapat jugak siapkan dengan 2 orang makcik aku bertemankan scary movie 4 yang selekeh habis . 

2 Syawal

Aku bangun je diorang dah siap bakar sate dan sedap gila weh tak tipu . Sate paling sedap yang pernah aku rasa . Selain sate , ada jugak sup ayam dengan daging kijang masak lemak cili api . Tapi aku lepak je raya kedua tu sebab rancangan kat tv best 😆 

Cuma malamtu aku ringankan tulang sikit basuh pinggan , ok lah tu 😅

Lepastu pegi beraya ke rumah nenek saudara aku dekat Sungai Nerek dapatlah makan Laksa Penang dengan rambutans 😋   

Aku tak expect apa-apa bila yang photographernya adik aku 😑 pakai hentam saja angle mana mana pun . 

So , dengan OOTD yang oomg cunnya dekat Instagram dengan aku yang hanya berjubah hitam ni macam what did i do with my raya ?😒 tak pe yang penting dapat makan sedap ! 

Aku punya baju raya tahun ni biasa je aku rasa sebab nya aku malas lah nak membeli sebab aku dah rasa pakai baju sama dengan makcik mana tah masa kenduri 😑

Tapi jealous jugak ok tak dapat pegi Jovian Mandagie punya JBoxing sebab Im a big fans ok aku ingat lagi bau butik dia yang dekat Shah Alam tu walaupun aku jatuhkan tangan patung tu 😂 

Ok insyaAllah sambung lagi sebab lepas raya ni semua akan berbeza memandangkan trial dah nak dekat dan tak boleh bagi alasan penat dekat cikgu sebab ramadan dah habis ok !

Bye ❤️

You May Also Like

0 comments